Al-Rayah Panji Rasullullah SAW

Kawan / Sahabat / Teman

Haddad Alwi - Sebuah Pengakuan




Powered by Blogger.

08 August 2012

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikumwarahmatullah, hari kedua, demam berterusan dan baru sedar, ada bintik-bintik kecil mulai tumbuh, dan semakin melarat di badan. penyakit apa ni? emm, selepas google, sah lah ana dah kena cacar air, atau nama famousnya chicken pox. ALLAHuakbar.., ini baru sedikit ujian dariNYA, dah teruk macam ni. apa lagi, terus ana google cara-cara mengubati chicken pox. sakit juga rasanya. esok pulak ada class bahasa inggeris, kelas yg terakhir. macam mana ana nk pergi ni? 

hmm, sungguh, hari ni hari paling penat berpuasa. manakan tidak, selera makan jatuh. sahur pun makan 5-6 suap je, pastu minum air banyak-banyak. bila tengok kepada pengalaman-pengalaman orang yg pernah kena, banyak juga petua dan pantang larangnya. boleh lihat disini.

ALLAH, rindu kepada sihat. mungkin ini teguran ALLAH buat ana yang selalu lupa. mungkin juga ALLAH mahu ana lebih kuat lagi beribadah kepadaNYA, subhanallah..
beberapa hari lagi, akan tiba 10 malam terakhir, dimana pada sepuluh malam itu, terdapat satu malam yg dikenali sebagai Lailatul Qadr. pada malam itu, alQuran telah diturunkan kepada umat manusia akhir zaman. sepertimana firman ALLAH didalam surah alQadr ; 
Surah alQadr
maksudnya ; 
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Hadis Rasullullah S.A.W menyebut:maksudnya: "Rasullullah S.A.W bersungguh-sungguh beribadat pada 10 malam akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Aisyah R.A juga meriwayatkan bahawa Rasullullah S.A.W bersabda : maksudnya: "bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam malam yang akhir daripada bulan Ramadhan"

tetapi, tidak guna juga jika berjaga sepanjang 10 malam terakhir, tetapi tidak beribadah kepadaNYA. hati mestilah ikhlas, niat mestilah betul dan sempurna. 

ketika Aisyah R.A bertanya kepada Rasullullah S.A.W: "Apa yang mesti dibaca apabila memperoleh Lailatulqadr?"

Rasulullah S.A.W menjawab: "Bacalah: Allahumma innaka `afuwun karimun tuhibbul `afwa fa'fu `anni." Ertinya: Ya Allah, Engkau Maha Pemberi maaf dan Maha Mulia, suka kepada kemaafan, maka maafkanlah aku." -(HR Ahmad,at-Tirmizi &Ibnu Majah)

creditto : Nurul Azren 

1 nasihat / teguran:

eienrazak said...

Syukran ya akhi.baru baca ;)

Post a Comment