assalamualaikumwarahmatullah
alhamdulillah, ALLAH masih sayang :)
sebenarnya hari ni ana ditimpa sedikit musibah, iaitu penyakit. penyakit yg diberikan ALLAH kepada manusia sebenarnya merupakan kifarah dosa. selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hambaNya. bukan ana nk ckp ana ni hebatlah, cuma ana nk terangkan kenapa ALLAH menurunkan sakit kepada manusia?
Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan.
ALLAH berfirman di dalam surah At-Tagaabun ayat 11 ;
Maksudnya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin ALLAH; dan sesiapa yang beriman kepada ALLAH, ALLAH akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), ALLAH Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
0 nasihat / teguran:
Post a Comment