bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikumwarahmatullah. alhamdulillah, selepas beberapa hari blog ini terbiar, masih ada masa lagi sebelum tidur, untuk meluangkan sedikit masa tarbiyah diri. hari ni, 19 Julai 2012. maafkan ana kerana busy dengan kerja baru. ya, kerja, mencari rezeki yang halal. maklumlah, bulan 9 nanti akan melangkah ke alam kampus pula. ya, sibuk diperkatakan sana dan sini,"kau dapat mana? / dapat mana kau? / tang mana hang dapat?" dan seumpamanya. lebih-lebih lagi kepada pelajar lepasan matrikulasi dan juga diploma. alhamdulillah, setakat ini, semua kenalan ana mendapat tempat di universiti. namun, masih ada juga yang kurang bernasib baik. mungkin itulah tarbiyah ALLAH kepada diri mereka. wallahualam. namun kepada mereka yang masih mengeluh berkenaan tempat mereka, berkenaan course mereka, ingatlah sahabatku sayang. ALLAH tidak memberi apa yang kita mahukan, ALLAH memberi apa yang kita perlukan. selari dengan firman ALLAH dalam surah alBaqarah ayat 286 ;
![]() |
Surah alBaqarah ayat 286 |
nampak permainannya?
apa lagi ditunggu, ayuh, sediakan diri kita untuk ditarbiyah, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan bulan mulia *xsabarnya!*
p/s ; kalau baca alMaathurat, kita semua akan jumpa ayat ini juga!:)
0 nasihat / teguran:
Post a Comment