Al-Rayah Panji Rasullullah SAW

Kawan / Sahabat / Teman

Haddad Alwi - Sebuah Pengakuan




Powered by Blogger.

20 July 2012

bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikmwarahmatullah..subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar..
debaran Ramadhan kini di puncak:D
gembiranyaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!:D
petang ini ditemani perasaan jiwa dan minda, sambil menonton alKuliyyah di tv3, berkenaan 'Pertukaran Kiblat'. alhamdulillah, malam ini, insyaALLAH, akan bersama-sama melakukan Qiyamu Ramadhan, atau kata lainnya, Solat Terawih. Solat Terawih bermaksud solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat sunat Tarawih, sebelum disambung semula.

Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakan kepada umat Islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat-ibadat sunat seperti solat Tarawih, solat Witir dan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain. nampak permainannya? :D

Aishah R.A. meriwayatkan: “Rasulullah S.A.W solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi ALLAH wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni ALLAH, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”

Baginda menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”

Hukum solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya. Mereka yang mengerjakan ibadat puasa tetapi tidak mengerjakan solat sunat Tarawih pada malamnya, seolah-olah menjadi tawar dan hambar; berjaya tetapi tidak cemerlang. Sesungguhnya sangatlah ruginya mereka yang berpuasa Ramadhan tetapi tidak melengkapkannya dengan solat sunat Tarawih. Rugi rugi rugi rugi ruginyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! aduh, lai lai lai, jom kita sama-sama lengkapkan Ramadhan kita sahabat! ayuha! :D


2 nasihat / teguran:

ahmedirfan said...

assalamualaikum sheikh. hebat sekarang ye. malu ana. bolehlah nnt ana pi menuntut ilmu dgn enta. mohon nasihat dan tunjuk ajar.
inshaAllah, cuti summer ni, ingat nak jumpa. inshaAllah, biiznillah moga Allah izinkan. ana kenal benar siapa enta. gaya bahasa dan sasteranya. :)
inshaAllah, moga ketemu kita nanti. seri harmoni menjadi saksi tempat kita berjumpa nanti.
uhibbuka fillah!

Jundullah said...

waalaikumussalamwarahmatullah
allahurabbi, semuanya milik ALLAH ya irfan..
insyaALLAH..dgn izinNYA..:)

Post a Comment