bismillahirrahmanirrahim
alhamdulillah, hari berlalu pantas dengan kelas bahasa inggeris diisi padat selama 5 jam hari ini. alhamdulillah semuanya berjalan lancar:)
alhamdulillah, ana ada juga membuat sedikit kajian berkenaan surah al-Imran. namun satu ayat ini menarik perhatian ana untuk mendalaminya. ya. nama surah ini ialah ali-Imran iaitu keluarga Imran kerana terdapat kisah mereka dalam ayat 33 hingga beberapa ayat selepas itu. Surah ini mengandungi 200 ayat.
Kebanyakan ulama dan ahli tafsir menganggap ia termasuk dalam surah Madaniah iaitu diturunkan di kota Madinah selepas hijrah seperti riwayat Ibnu Abbas.
| Surah al-Imran ayat 14 |
apabila kita melihat maksudnya dan berfikir mengenainya, kita akan terfikir mengenai nafsu. ya nafsu kita. semua yang disebutkan itu merupakan nafsu. sememangnya, semua itu menjadi kegilaan umat akhir zaman tika ini lalu menepikan aspek keagamaan, kerana..nafsu menjadi raja dalam diri. tetapi sahabatku sekalian, tahukah kamu apa yg ALLAH tawarkan dalam ayat yg seterusnya?
ya...ALLAH telah membuat tawaran kepada kita. tawaran apakah yg ditawarkan ALLAH Maha Agung kepada hambaNYA yang hina ini? apakah masih ada tawarankah untuk kita? jawapannya ialah, YA.
| Surah al-Imran ayat 15 |
sememangnya tawaran itu terlalu hebat, terlalu agung dari Yang Menciptakan kepada yang dicipta (manusia).
ALLAHurabbi...


0 nasihat / teguran:
Post a Comment