bismillahirrahmanirrahim
assalamualaikumwarahmatullah
alhamdulillah, sebuah lagi hari yg indah dan bermakna, dimana malam ini malam Nisfu Sya'aban. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan.Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Nabi Muhammad SAW bersabda ;“Syaaban adalah bulan diantara Rejab dan Ramadan yang sering dilalaikan. Di dalam bulan tersebut segala amalan hamba akan diangkat naik ke langit dan aku amat suka jika amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa”.
![]() |
???????????????????!!!!!! |
erkkk!!!!????
kenapa ya wujud cerita berkenaan 'karaoke' sekarang? ya.., ana cuba ingin membandingkan, jika kita mampu membayar sejumlah wang untuk masuk menyanyi dalam GreenBox atau mana2 box sekalipun, mengapa tidak melabur pahala pada malam Nisfu Sya'aban? bagaimana caranya?
mudah..:)
sepertimana yg kita tahu (basic), pada malam Nisfu Sya'aban, sunat untuk membaca Surah Yassin sebanyak 3 kali berturut-turut. Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yassin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati ALLAH. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan ALLAH rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
Kelebihan malam nisfu Syaaban berbanding malam-malam yang lain dapat diperhatikan menerusi hadis Nabi Muhammad SAW ; “Sesungguhnya ALLAH SWT turun pada malam Nisfu Syaaban ke langit dunia. Maka dia mengampuni setiap orang Islam melainkan orang musyrik, orang yang memutuskan hubungan silaturrahim, yang berbuat fitnah dan wanita yang tidak menjaga kehormatan dirinya”.
Diriwayatkan daripada Abu Musa daripada Nabi Muhammad SAW sebuah hadis qudsi mengenai kelebihan Malam Nisfu Syaaban yang mana ALLAH SWT turun ke langit dunia lalu berfirman “Sesiapa yang memohon keampunan maka AKU akan mengampunkannya, sesiapa yang meminta rezeki maka AKU akan mengurniakan kepadanya, sesiapa yang ditimpa bala bencana maka AKU akan melepaskannya.”.
bagaimana? amalan apa yg boleh? sebenarnya tiada amalan yg khusus digariskan pada malam ini, cuma amalan-amalan sunat seperti dibawah ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk kita semua, insyaALLAH ;
1-Membaca Al-Quran.
2-Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.
(Subhanarob biyal a’ala) Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.
(Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim) Maksudnya: Maha Suci ALLAH dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci ALLAH yang Maha Agung.
(Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azim) Maksudnya: Maha Suci ALLAH dan segala kepujian bagi ALLAH tiada Tuhan melainkan ALLAH dan ALLAH Maha Besar (Agung) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan ALLAH Yang Maha Agung.
3-Membaca Selawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.
4-Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
5-Solat-solat sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.
insyaALLAH, semoga artikel ini ada manfaatnya.
apa tunggu lagi? jom rebut peluang ni! lai lai! :)
sumber : http://dakwah.org
0 nasihat / teguran:
Post a Comment