Al-Rayah Panji Rasullullah SAW

Kawan / Sahabat / Teman

Haddad Alwi - Sebuah Pengakuan




Powered by Blogger.

06 July 2012

bismillahirrahmanirrahim


assalamualaikumwarahmatullah


alhamdulillah, ana baru selesai bermaathurat. dan terlintas difikiran untuk berkongsi dengan sahabat semua tentang Doa Rabitah. apa tu doa rabitah? Maksud rabitah dari segi bahasa ialah  hubungan atau ikatan. dalam erti kata lainnya, doa rabitah juga dikenali sebagai doa pengikat. masih lagi teringat di kolej dahulu, doa ini adalah salah satu cara, kami mengikat hati-hati kami agar terus kukuh dan tabah bersama mengharungi badai dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang dianugerahkan ALLAH kepada kami...


Maksudnya ; Sesungguhnya Engkau tahu bahawa hati ini telah berpadu berhimpun dalam naungan cintaMu bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan menegakkan syariat dalam kehidupan. Kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintanya tunjukilah jalan-jalannya terangilah dengan cahayaMu yang tiada pernah padam Ya Rabbi bimbinglah kami Lapangkanlah dada kami dengan karunia iman dan indahnya tawakal padaMu hidupkan dengan ma'rifatMu matikan dalam syahid di jalan Mu. Engkaulah pelindung dan pembela

Makanya... tidak salah bagi saya untuk melagukan doa ini beramai-ramai, supaya ia jadi penghubung, pengikat dan peringatan untuk hati-hati manusia yang senantiasa lupa. Malah, ia satu keunikan, kerana kita mengajak saudara-saudara kita untuk memahami doa yang dibaca, supaya hati turut sama tunduk, nafsu turut sama kalah, pada satu kuasa yang Maha Agung, pada Sang Pencipta yang memiliki dan memegang hati kita semua.

Maka.., kenapa harus mempersoalkan atas sesuatu yang punya pelbagai rahsia dan kebaikan?

Tepuk dada... Tanya khabar hati kita...

0 nasihat / teguran:

Post a Comment