Al-Rayah Panji Rasullullah SAW

Kawan / Sahabat / Teman

Haddad Alwi - Sebuah Pengakuan




Powered by Blogger.

01 February 2013

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikumwarahmatullah
nota hari ini ; 
Buku Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah oleh Fathi Yakan

Rasulullah s.a.w telah meramalkan cabaran dan dugaan-dugaan yang dihadapi oleh para mukmin, da'e dan mujahidin di jalan Allah s.w.t.
Baginda bersabda:
Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)


Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w telah menghuraikan tentang fitnah dan kesusahan yang  boleh menimpa para Da’e supaya mereka dapat berhati-hati dan bersiap sedia. mereka hendaklah menyiapkan bekalan yang cukup. kiranya dengan demikian, mereka dapat mengatasi segala halangan dan rintangan dengan selamat.

subhanallah, Rasulullah dah bagi dah halangan-halangan untuk para da'e, tanggungjawab kita untuk menilai dan ambil langkah sahaja. cukupkan iman, praktikkannya! jangan masuk syurga seorang diri! ayuha syabab!

credit to ; www.halawatuliman.wordpress.com



0 nasihat / teguran:

Post a Comment