dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
assalamualaikum
alhamdulillah, satu lagi hari yg sama seperti hari-hari yang lain.
pagi2 seperti biasa, mengalihkan kereta keluar untuk memberi ruang kpd pusat tusyen ibu ana.
selepas itu, dengan tidak semena-mena, ana tertidur. sedar-sedar, jam sudah pun menunjukkan 1.15 ptg!
wah! lamanya! hmm, mungkin sebab ana tidur agak lewat malam semalam (tengok movie). dan petang selepas zohor, ana download beberapa movie iaitu Nazis At The Center Of The World dan The Aggression Scale. dan solat asar telah mengakhiri sesi petang ana bersama komputer (lepas tu terus pening). petang, budak kecik balik sekolah, terus je ajak keluar jalan2. apalagi, terus naik kereta pergi kedai. dah balik, ana mandi pulak, dan selepas itu ana membaca buku baru dibeli 2 hari lepas dkt Popular. bukunya bertajuk ANDA BERTANYA USTAZ AZHAR MENJAWAB BERKENAAN PERMASALAHAN SEMASA
hah panjang tajuknya, tapi seronok juga membacanya.
tetapi, bagi ana, tengok youtube lagi menarik. penyampaiannya cukup bersahaja, tetapi bermakna.
baru2 ni, dia ada buat ceramah dekat litar tertutup dekat bhg kapar kalau x silap. prog ni dianjurkan sendiri oleh kerajaan negeri selangor. alhamdulillah, negeri selangor sudah mula menumpukan terhadap pendekatan2 terhadap golongan remaja nampaknya. ana harap, ramai lagi akan berpeluang untuk menikmati pelbagai aktiviti yang mampu menarik golongan remaja untuk mendekati agama, terutamanya ana yang kehausan ilmu ini.



0 nasihat / teguran:
Post a Comment