assalam alaik
dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
alhamdulillah, semalam usai sudah interview utk kemasukan ke universiti pada sesi kali ini (2012)
alhamdulillah ana juga telah terpilih untuk mengikutinya iaitu dalam course penerbangan professional, erti lainnya, pilot.
alhamdulillah semuanya berjalan lancar tetapi terdapat beberapa perkara yg merunsingkan ana, iaitu KOS.
YA, KOS
baru semalam ana difahamkan, selepas kemasukan ke universiti tersebut selama 2 tahun setengah (masih boleh memohon pinjaman PTPTN, JPA, MARA atau sebagainya), pelajarnya akan dihantar mengikuti kursus pesawat terbang di Pangkalan Chepa, Kelantan, juga selama dua tahun setengah.
TETAPI
yang ini perlu ditambah pula dgn kos RM 250k(ribu), yg mana PTPTN atau JPA x akan membiayai private course ni. jadinya pelajar kena mencari sendiri duit utk mbiayai kos ini.
OOOOOOOOOOOOOOOOHHHHHH
kenapa x bgtau awal2. sepatutnya pihak universiti state dkt info ttg kos pbelanjaan untuk kedua2 institusi.
hmmm.., memandangkan istikaharah ana mengatakan tidak, dan juga realiti pun mengatakan tidak, ana rela berkorban untuk keluarga ana. biarlah.., cita2 ana semenjak kecil diterbangkan angin. lagipun, rezeki ALLAH ada dimana2 :)
DAN....
Tuan/Puan,
MENARIK SEMULA PERMOHONAN KEMASUKAN KE JURUSAN IJAZAH
SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN (PENERBANGAN PROFESSIONAL) DI UTHM
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Saya JUNDULLAH No. Kad Pengenalan/myKad
: ******-**-**** dengan ini berhasrat untuk menarik semula
permohonan untuk kemasukan kedalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Kejuruteraan Aeronautik dan Penerbangan Profesional di UTHM seterusnya
berhasrat untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam yang
lain berkuatkuasa dari tarikh surat ini.
3.
Ini adalah kerana keluarga saya tidak mampu untuk membiayai kos yang
sangat tinggi untuk jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Aeronautik dan
Penerbangan Professional mahupun jurusan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan
Aeronautik dan Penyelenggaraan Pesawat walaupun telah berusaha sepenuhnya
mencari sumber pembiayaan dari pelbagai pihak.
surat ni ana hantar by email
inshaallah, selepas pihak uni menerima surat ini, nama ana serta merta akan ditolak semula kedalam upu untuk pemilihan universiti yg lain.
ALLAH tahu yang terbaik untuk hambaNYA. ana yakin, yg lebih baik akan tiba jua berbanding cita2 ana dan juga kemahuan ana.
ALLAH lebih tahu dan lebih berhak memilih :)


3 nasihat / teguran:
Subhanallah
ini tanda TARBIYAH DIRECT Allah :)
pilihan yang dusandarkan tawakal pada DIA itulah pilihan yang terbaik.
so lps ni nk sambung kos apa?
UTM - UNI TARBIYAH MALAYSIA
250k tok untuk lesen ke
Post a Comment